MENU

Pada 20 Julai 2013 (Sabtu), Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan satu Program Motivasi Warga Miskin bagi Daerah Kuala Selangor Serta Program Kasih Ramadan 2013 di Dewan Sri Siantan, Majlis Daerah Kuala Selangor. Program ini merupakan salah satu Program Kemasyarakatan MDKS dalam usaha membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di Daerah Kuala Selangor untuk meningkatkan kualiti hidup di samping mengurangkan beban tanggungan keluarga selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor yang berusaha mengurangkan kadar kemiskinan di dalam negeri.

        

 

Sesebuah isi rumah adalah dianggap miskin sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada Paras Garis Kemiskinan seandainya isi rumah tersebut berpendapatan RM 1000.00 kebawah dan hanya mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat.

        

Objektif program ini adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dalam Daerah Kuala Selangor dengan memberi bimbingan kepada warga miskin dengan memberi motivasi untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang mana secara tidak langsung menjadikan mereka berdaya saing untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.

      

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah terdiri daripada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 1500 sebulan dan yang mendapat bantuan kewangan dari Pusat Zakat serta Kebajikan masyarakat. Program Motivasi ini berakhir kira-kira jam 8.30 malam.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 18 Julai 2019 - 10:39am