MENU

 23 Disember 2011 (Jumaat), Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Program Perjumpaan Oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

 

           Sehubungan itu, beberapa program yang dihadiri oleh YAB Dato' Menteri Besar dan EXCO Selangor telah diaturkan yang melibatkan beberapa lokasi sekitar daerah Kuala Selangor. Ketibaan YAB Dato' Menteri Besar dan EXCO Selangor disambut oleh Ahli Majlis, Kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor.

 

          Majlis dimulakan ucapan Pegawai Daerah Dato’Tuan Haji Misri bin Haji Idris. Beliau menyampaikan sedikit ucapan kata kata aluan dan penghargaan kepada YAB Dato' Menteri Besar Tan Sri Dato’Seri Abdul Khalid bin Ibrahim kepada sudi hadir menyempurnakan program perjumpaan bersama penduduk kampong Sri Aman, Mukim Ijok.

 

           Seterusnya YAB Dato' Menteri Besar Tan Sri Dato’Seri Abdul Khalid bin Ibrahim menyampaikan ucapan seterusnya kepada semua rakyat, beliau membincangkan tentang masalah di Kampung Sri Aman, Mukim Ijok serta jalan penyelesaian yang perlu dilakukan.

 

           Program ini bertujuan merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat dan meninjau lebih dekat permasalahan rakyat di Daerah Kuala Selangor, dengan adanya program seperti ini diharap segala bentuk masalah yang berlaku di daerah Kuala Selangor ini dapat diselesaikan dengan cepat dan sempurna.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 18 Julai 2019 - 10:39am