MENU

Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Program Ramah Mesra Ahli Majlis  pada 5 Oktober 2013.

  

Program ini diadakan adalah bertujuan sebagai program pembangunan kemasyarakatan di peringkat Majlis Daerah Kuala Selangor melalui gerak kerja Ahli-Ahli Majlis dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan juga menjadi medan dan langkah proaktif dalam memberi pemahaman dengan jelas dalam proses pembelajaran melalui pengalaman yang menitik beratkan aspek Pembersihan Awam di setiap zon Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor.

  

Program ini juga dapat mewujudkan semangat kemasyarakatan yang baik kepada semua golongan di Kuala Selangor dalam membangunkan program-program kemasyarakatan seterusnya menggalakkan masyarakat menjadi proaktif kepada sistem pembersihan awam di Majlis Daerah Kuala Selangor serta mewujudkan masyarakat yang harmoni serta memahami aspek pembersihan awam agar pengalaman yang diperolehi mampu diterjemahkan dalam mengekalkan ekosistem yang baik disekitar kawasan penduduk.

  

Adalah diharap dengan adanya Program Ramah Mesra ini kita dapat bersama mendengar dan menyelesaikan masalah dan  juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara Majlis Daerah Kuala Selangor dan juga penduduk .

Kemaskini Terakhir: Khamis, 17 Oktober 2019 - 11:04am