MENU

Pada 15 November 2009, Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan satu program Zon Bersih kali ke-3 dan Hari bertemu Pelanggan Bil-2 /2009 bertempat di Padang Awam Taman Bayu, Pasir Penambang Kuala Selangor. Program ini juga dikenali sebagai "Program Zoh Bersih" di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang merangkumi pembersihan awam, pematuhan undang-undang PBT dan Penguatkuasaan.

 

Pelanggan 1

Pelanggan 2

 

Pelanggan 3

 

Taman Bayu di pilih sebagai ikon program ini dan telah dilancarkan sejak 15 Ogos 2009 . Pihak MDKS mengadakan program seperti ini dengan bertujuan untuk melaksanakan program pendidikan tentang pematuhan dan memberi kesedaran kepada penduduk tentang kebersihan dan juga pemutihan binaan tambahan yang dilakukan oleh pemilik-pemilik rumah.

 

 

Pelanggan 4

 

Pelanggan 5

 

Pelanggan 6

 

Selain itu juga, program ini turut diadakan Hari Bertemu Pelanggan yang bertujuan untuk memudahkan orang awam berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan MDKS secara terus dengan menempatkan pegawai-pegawai yang bertugas. Kauner-kaunter yang turut terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Daerah, Alam Flora, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

 

 

Pelanggan 8

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Ogos 2019 - 8:07pm