MENU

KUALA SELANGOR, 3 APR: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) secara rasmi dipimpin Yang Dipertua baharu, Rahilah Rahmat, 44, selepas beliau mengangkat sumpah hari ini.

Mula melaporkan diri pada 2 April 2018, beliau sebelum ini berkhidmat di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomat (PTD) mengisi kekosongan ditinggalkan YDP terdahulu, Azhar Mohamed Ali.

Majlis Angkat Sumpah berlangsung di Bilik Mesyuarat Malawati sambil disaksikan Ahli Majlis MDKS.

Dalam ucapan pengenalan, Rahilah berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama bagi merealiasasikan visi MDKS ‘ Perbandaran Lestari, Masyarakat Sejahtera’. “Saya mengharap sokongan padu tanpa henti daripada semua yang menjadi sumber kekuatan dan tulang belakang kepada saya untuk menjaga amanah diberikan ini.

“Kerjasama yang berterusan amat diharapkan supaya misi dan visi yang dirangka dapat dicapai dalam melaksanakan pelan tidakan disasarkan.

“Besar harapan saya agar kita semua bersedia untuk belajar dan mengajar antara satu sama lain dalam merangka strategi untuk menjadikan Kuasa Selangor sebagai Perbandaran Lestari, Masyarakat Sejahtera,” katanya.

Rahilah berkelulusan Ijazah Art in Economics, University of Missouri, Amerika Syarikat pernah berkhidmat di PTD Daerah Petaling dan Klang.

 

Sumber: Selangorkini