MENU

21 Disember 2016, Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Seminar Pemerkasaan Kerja Ubahsuai Bangunan Melalui Program Akreditasi Kontraktor Ubahsuai (CNAR) 2016 bertempat di Ballroom De Palma Inn Kuala Selangor pada jam 8.00 pagi.

  

Atucara majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan dan diikuti pendaftaran para peserta serta bacaan doa. Majlis diteruskan dengan Majlis Perasmian oleh Puan Hajah Noraini binti Roslan iaitu Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor. Terdapat lima sesi yang berlansung untuk Majlis ini.

  

Sesi yang pertama bermula pada jam 9.00 pagi iaitu Pengenalan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) & Inisiatif Memperkasakan Kerja Ubahsuai oleh en.Nazir Muhamad Nor iaitu Pengurus Kanan Bahagian Bisnes, CIDB Malaysia. Pada pukul 9.30 pagi, sesi kedua bermula iaitu Kerja ubahsuai Selaras Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 oleh Pn. Hajah Saleha binti Md Arif, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MDKS.

  

Sesi ketiga bermula selepas minum pagi iaitu pada pukul 10.30 pagi iaitu Hak Pengguna Dalam Pertikaian Kerja Ubahsuai Rumah Kediaman oleh Pn. Wan Rufaidah Dato' Hj. Wan Omar iaitu Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Bagi sesi keempat iaitu Pengenalan Panduan Ubahsuai Kediaman dan Terma Kontrak Pembinaan untuk Kerja Ubahsuai & Projek Kecil yang telah disampaikan oleh Prof. Sr Dr. Wan Maimun Wan Abdullah iaitu Pengarah Khalid Ahmad Architectures. Sesi terakhir ialah Soal Jawab Bersama Panel, dimana para peserta boleh bersoal jawab dengan panel yang terlibat. Majlis berakhir pada pukul 1.00 tengahari selepas selesai makan tengahari.