MENU

Impak Jerebu Terhadap Kesihatan dan Langkah-langkah Keselamatan Mengatasi Jerebu

Tahap jerebu yang melanda negara berada dalam keadaan yang membimbangkan sehinggakan beberapa tempat telah diisyhtiharkan darurat. Orang ramai diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikuti garis panduan klinikal yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini.

Antara kesan-kesan negatif jerebu terhadap kesihatan adalah seperti berikut:

  1. Asma
  2. Penyakit obstruktif pernafasan kronik
  3. Radang paru-paru
  4. Batuk
  5. Selesema
  6. Gatal-gatal pada tekak dan mata
  7. Serangan jantung
  8. Kerencatan dan kecacatan otak kepada kanak-kanak

 

Untuk mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan, langkah-langkah berikut perlu diikuti seperti:

  1. Kurangkan sebarang aktiviti luar
  2. Kurangkan atau seboleh-bolehnya tidak merokok
  3. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  4. Sentiasa membasuh tangan setelah selesai melakukan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti luar
  5. Gunakan topeng pernafasan
  6. Sentiasa pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih

Dapatkan khidmat nasihat perubatan dengan segera sekiranya sakit berlarutan