MENU

Bas SMART Selangor telah mula beroperasi sepenuhnya bermula 10hb Jun 2020. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor masih mementingkan penjarakan sosial dan pematuhan kepada norma baharu perlu diikuti demi kebaikan semua pihak. 

Para penumpang DIWAJIBKAN memakai topeng / penutup hidung dan mulut (mask) untuk menaiki Bas SMART Selangor, disamping mengamalkan penjagaan kesihatan khususnya mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman (hand sanitiser) yg telah dibekalkan di semua Bas SMART Selangor. Para penumpang dikehendaki untuk memastikan berada 1 meter daripada orang paling terdekat anda sama ada di dlm Bas SMART Selangor atau pun di hentian menunggu. Pihak operator telah menandakan kerusi yang tidak boleh diduduki di dalam BSS untuk memastikan penjarakan sosial 1m dipatuhi memudahkan para penumpang melaksanakan norma baru penggunaan pengangkutan awam dimana had kapasiti BSS adalah 20 org dlm satu masa. Dipohon semua penumpang mengikut arahan yang telah ditetapkan supaya langkah-langkah pencegahan COVID19 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 2 Julai 2020 - 4:48pm