MENU

*Kemudahan urusan hanya dihujung jari. Muat turun iServices MDKS sekarang di Play Store dan App Store.*

 

*APAKAH I-SERVICES?*

I-SERVICES adalah perkhidmatan online yang disediakan oleh MDKS kepada penduduk-penduduk Kuala Selangor untuk membuat semakan/pembayaran akaun secara online tanpa perlu ke kaunter perkhidmatan MDKS.

 

*APAKAH PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN?*

Buat masa ini, perkhidmatan berikut disediakan (perkhidmatan lain akan ditambah dari semasa ke semasa):

1. Semakan dan pembayaran cukai taksiran.

2. Semakan dan pembayaran kompaun

3. Tempahan dewan.

4. Permohonan & pembaharuan lesen.

5. Pembelian dokumen tender.

 

*SIAPA YANG BOLEH MENDAFTAR?*

Sesiapa sahaja boleh mendaftar, apa yang diperlukan cuma nombor kad pengenalan tuan/puan serta alamat e-mel yang sah.

 

*KENAPA NOMBOR KAD PENGENALAN DIPERLUKAN UNTUK MENDAFTAR?*

Nombor kad pengenalan tuan/puan akan digunakan untuk menyemak akaun tuan/puan dengan pangkalan data MDKS. Ini akan membolehkan data akaun tuan/puan disambungkan kepada sistem I-SERVICES.

 

KENAPA ALAMAT EMAIL DIPERLUKAN UNTUK MENDAFTAR?

Email tuan/puan akan digunakan sebagai saluran komunikasi diantara I-SERVICES/MDKS dengan tuan/puan. Tanpa alamat e-mel yang sah MDKS akan menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan tuan/puan secara efisien.

 

*ADAKAH PENDAFTARAN MEMERLUKAN SEBARANG BAYARAN?*

Perkhidmatan I-SERVICES adalah percuma, tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Ia hanyalah usaha MDKS untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan untuk tuan/puan.

 

*ADAKAN PENDAFTARAN DIWAJIBKAN?*

Pendaftaran adalah tidak wajib. Namun jika tuan/puan tidak mendaftar maka tuan/puan perlu ke kaunter perkhidmatan MDKS untuk berurusan dengan MDKS.

 

Muat turun aplikasi iServices MDKS  melalui 'App Store' dan 'Google Play' dengan klik link di bawah.

.      .

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Teknologi Maklumat Majlis Daerah Kuala Selangor di talian 03 3289 1439 samb. (107/109/222)

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 November 2019 - 9:10pm