MENU

19 Mei 2016 (Khamis), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengadakan Program Diskusi yang berlangsung di perkarangan Lobi MDKS. Program dimulakan pada jam 8.15 pagi  dengan diskusi tentang program "Polisi Tidak Memberi dan Menerima Hadiah" kepada kaitangan yang MDKS yang dipengerusikan oleh Puan Sabariah Binti Hassim Penolong Pegawai Tadbir (Intergriti) MDKS.

 

Seramai 3 orang panel jemputan telah membentangkan dan berkongsi ilmu tentang "Polisi Tidak Memberi dan Menerima Hadiah" iaitu Puan Hajah S.Normalis Binti Abd Samad (Bahagian Pengurusan Organisasi dan Intergriti PKNS), Tuan Hairuzzaki Bin Mohd Yusof (Penguasa Kanan,SPRM yang dipinjamkan ke Unit Intergriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) dan Tuan Muhammad Firdaus Bin Musa (Ketua Unit Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Selangor).

 

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan amalan memberi dan menerima hadiah yang ditakrifkan sebagai rasuah. Kaedah dan usaha – usaha yang telah dijalankan oleh pihak PKNS dalam melaksanakan polisi ini dan contoh – contoh tindakan yang perlu dibuat sekiranya memberi atau menerima hadiah. Diskusi ini turut membincangkan contoh – contoh kesalahan memberi dan menerima hadiah yang sering dilakukan oleh penjawat awam sebagai panduan dan contoh dalam menjelaskan pemberian dan penerimaan hadiah yang dibolehkan atau tidak.

 

Setiap ahli panel memberikan pendapat yang sangat bermaanfaat yang boleh diambil sebagai pengajaran dan panduan apabila melibatkan tugas rasmi sebagai penjawat awam.