MENU

Bayaran Memfail dan Memproses Kelulusan Pelan Landskap

 

  • Kategori A: Bayaran yang dikenakan ialah RM100.00 bagi setiap permohonan kelulusan

 

  1. Kondominium
  2. Kompleks Sukan/Taman Rekreasi
  3. Padang Golf
  4. Pembangunan bersepadu
  5. Perumahan yang melebih 300 unit
  • Kategori B: Bayaran yang dikenakan ialah RM50.00 bagi setiap permohonan kelulusan
  1. Kompleks membeli-belah
  2. Hotel
  3. Institusi perdagangan
  4. Sekolah swasta
  5. Rumah kedai yang melebihi 20 unit yang dikemukakan berasingaan
  6. Perumahan dari 100 unit hingga 300 unit
  7. Pencawang elektrik
  • Kategori C: Bayaran yang dikenakan ialah RM25.00 bagi setiap permohonan kelulusan
  1. Rumah kedai yang kurang dari 20 unit yang dikemukakan berasingan
  2. Kilang perusahaan ringan yang mempunyai keluasan tapak sehingga ½ ekar atau kurang (setiap tambahan ½ ekar berikutnya adalah dikenakan bayaran RM10.00)
  3. Bangunan Tadika/Dewan/Balai Bomba/Polis
  4. Stesyen Bas/rumah-rumah ibadah
  5. Projek perumahan yang tidak melebihi 100 unit
  • Kategori D: Bayaran yang dikenakan ialah RM15.00 bagi setiap permohonan kelulusan
  1. Pelan tambahan dan pindaan kepada kilang-kilang yang melibatkan kerja-kerja penambahan/perubahan landskap
  2. Stesyen minyak (kerja-kerja tambahan dan ubahsuai landskap bagi stesyen minyak)

Nota:

  • Mana-mana kerja lanskap yang tidak termasuk dalam jadual di atas, hendaklah dirujuk ke Bahagian Perancang Bandar, MDKS untuk mendapat kadar bayarannya.
  • Rumah persendirian tidak perlu mengemukakan pelan lanskap. Dengan itu ia tidak dikenakan bayaran memfail memproses pelan.
  • Bayaran ini telah dikuatkuasakan pada 1 April 1998 (telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis pada 28 Mac 1998)