MENU

Garis Panduan Mengemukakan Pelan Bangunan Rumah Kediaman (Sesebuah)

  1. Dokumen-dokumen mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:
    • Borang A dan Borang Permohonan yang Lengkap dikemukakan
    • 3 Salinan suratan hakmilik/ Salinan surat perjanjian jual-beli
    • 3 Salinan cukai pintu (terbaru)
    • 3 Salinan cukai tanah (terbaru)
    • 8 Salinan Sijil Layak menduduki tetap serta lampiran
      • 1 set linen dan 1 set kertas diwarnakan keseluruhannya
      • 6 set kertas diwarnakan merah pada pelaan lokasi dan pelan tapak sahaja
    • 3 Salinan pelan "pra hitungan"
    • 1set pelan struktur (tetulang) dan kiraan yang disahkan oleh Jurutera Bertauliah dan cop memperakui terima tanggungjawab
    • Nama, alamat, No. telefon dan tandatangan dan cop memperakui terima tanggungjawab oleh arkitek/pelukis pelan yang berdaftar
    • Nama, alamat surat menyurat, No. telefon, tandatangan dan No Kad Pengenalan terbaru pemilik
  2. Pelan-pelan hendaklah disusun (dilipat) dan dikepilkan mengikut susunan serta mengandungi perkara-perkara di bawah ini:
    • Pelan Lokasi dengan skala yang munasabah/sesuai dan mengandungi maklumat berikut:
      • Tapak lot bangunan yang dicadangkan bersama dengan nombor lot
      • Nama-nama jalan dan bangunan di kawasan persekitaran yang dapat menjelaskan kedudukan lot tersebut
      • Tunjukkan arah utara dan skala
      • Lot berkenaan hendaklah diwarnakan (merah)
    • Pelan Tapak dengan skala 1 : 30 dan mengandungi maklumat-maklumat berikut:
      • Tapak lot bangunan yang dicadangkan bersama dengan nombor lot.
      • Nama-nama jalan masuk, jalan bersebelahan dengan nama jalan untuk lot berkenaan
      • Jalan-jalan dan bangunan bersebelahan dengan lot tersebut
      • Arah saliraan air permukaan
      • Arah saliran air kumbahan dari bangunan kelurang (manhole) ke main sewer line/ke sistem rawatan najis
      • Lebar jalan dan lebar lorong belakang
      • Dimensi bangunan dan jarak dari sempadan jalan (keperluan minima - Depan - 600mm, tepi dan belakang - 300mm)
      • Dimensi sistem rawatan najis dari sempadan jalan (keperluan Minima 600 mm dari sempadan)
      • Lebar driveway hendaklah 600mm maksima
      • Kedudukan kebuk sampah/ peti surat
    • Pelan lantai bagi tiap-tiap tingkat hendaklah mengandungi perkara berikut:
      • Skala minima 1 : 100
      • Dimensi berangka garisan bangunan dengan sempadan-sempadan
      • Dimensi berangka saaiz bangunan
      • Dimensi berangka bilik-bilik ruang
      • Dimensi berangka ketebalan dinding
      • Dimensi berangka saiz pintu, tingkap, telaga udara dan ruang-ruang terbuka
      • Arah saliran "rainwater down pipe" ke longkang
      • Arah saliran air kumbahan dari sinki, tandas, bilik mandi dan lain-lain melalui "floor trap" gully trap". Luring (manhole) dan ke "main sewer line".
      • Nyatakan kemasan lantai dan dinding serta jenisnya
      • Lebar/jenis driveway (maksima 600mm)
      • Saiz kebuk sampah
      • Pagar/pintu pagar
      • Tembuk penahan (jika ada)
      • Pengunduran sistem rawatan najis dari sempadan (minima 600mm)
      • Dimensi tangga, anak tangga dan jenisnya
    • Pemandangan hadapan, belakang dan sisi hendaklah mengandungi perkara-perkara
      • Kemasan dinding
      • Tembuk penahan
      • Jenis/kecerunan bumbung dan lain-lain berkaitan
      • Nyatakan jenis tingkap/pintu dan bukaan-bukaan yang lain
    • Pelan muka-muka keratan lintang, bujur dan muka-muka keratan yang lain menunjukkan:
      • Lebar dan dalamnya asas tapak dan ketebalan dinding sekat dan lantainya
      • Tinggi tingkap, tangga, pintu, tingkap dan lubang pengudaraan
      • Saiz tempat letak dan arah gelegar lantai, rasuk dan binaan bumbung serta binaan yang digunakan dalam pembinaan struktur itu.
      • Bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaan struktur itu
      • Kemasan dan tinggi dinding
      • Jarak dindding ke pagar/sempadan
      • Kedudukan "vent pipe"
      • Saiz pagar/pintu pagar
    • Pelan bumbung
    • Pelan terperinci
      • Longkang pembentungan dan driveway dengan kekisi besi
      • Pepasangan sanitasi
      • Diagrammatic sanitary layout
      • Diagramatic Pumbing layout
      • Kebuk sampah (tempat pembunagan sampah dengan ukuran minima 600mm X 600mm) dan peti surat
      • Lurang (manhole)/inspection chamber
    • Pelan pagar/pintu pagar
    • Tembuk penahan (jika ada)
    • Keperluan untuk dapur dan tandas
      • Lantai dari jenis jubin
      • Dinding jubin (minima 150mm)
      • Floor trap
      • Gully trap
    • Kehendak-kehendak am:
      • Pembukaan bersih longkang/pembentungan di bawah jalan masuk tidak kurang daripada 1300mm beserta kekisi besi saiz 600mm X 450mm dan wing wall
      • Lebar jalan masuk (driveway) tidak lebih daripada 6000mm (tidak termasuk 900mm untuk "slab" ke kebuk sampah)
      • Kebuk sampah (tinggi - 1220mm) kemasan jubin (keluasan dalam 610mm X 610mm)
  3. Semua pelan hendaklah dilukis mengikut skala berikut:
    • Pelan lokasi - apa-apa skala yang sesuai
    • Pelan lokasi - tidak kurang daripada 1:300
    • Semua pelan bangunan - tidak kurang daripada 1:100
  4. Kemukakan pelan papan tanda projek bersama-sama pelan bangunan

Peringatan:

  1. Kerja-kerja pembinaan tidak boleh dimulakan sebelum permohonan diluluskan oleh MDKS. Kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan pemilik yang berkenaan dikenakan 10 kali gandaan bayaran proses pelan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 Jadual Pertama Undang-undang Kecil 17
  2. Sebarang pindaan kepada pelan kelulusan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan untuk kelulusan sebelum pindaan dilakukan
  3. 4 set pelan pindaan hendaklah dikemukakan termasuk 1 set linen
  4. Kerja-kerja baru diwarnakan merah dan kerja-kerja lama diwarnakan biru
  5. Semua pelan lokasi dan tapak diwarnakan merah
  6. Pihak tuan dikehendaki mendapatkan sendiri surat/pelan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan