MENU

Garis Panduan Permohonan Kelulusan Nama Taman, Nama Jalan Dan Nombor Bangunan

  1. Mengemukakan satu salinan pelan tatatur yang diperakukan oleh Pengarah, Jabatan Perancang Bandar dan desa, Negeri Selangor ATAU surat kelulusan Kebenaran Merancang oleh Majlis daerah Kuala Selangor

  2. Mengemukakan satu salinan kelulusan pelan bangunan daripada Majlis Daerah Kuala Selangor ATAU Pelan Pra hitungan yang telah disahkan.

  3. Mengemukakan surat permohonan yang ditandatangani oleh Pemaju/Arkitek/Jururancang Bertauliah. Surat permohonan hendaklah mengandungi:

    * Lokasi tapak projek (nombor lot, mukim)

    * Lokasi kawasan

    * Kandungan projek pembangunan yang akan dimajukan

    *Cadangan nama taman untuk dipertimbangkan

    • Mengemukakan 6 set pelan cadangan nama jalan dan nombor bangunan (kertas ammonia) yang dilipat pada saiz F4 untuk kelulusan. Semua pelan hendaklah dilukis, ditandatangani dan diperakui oleh Arkitek/Jururancang Bertauliah.

    • Nama taman yang dicadangkan hendaklah:

      * Dalam Bahasa Malaysia

      * Mempunyai identiti Malaysia

      * Mempunyai sebab/alasan mengapa nama tersebut dicadangkan

      • Bagi kawasan yang kurang daripada 10 ekar, pemohon/pemaju disyorkan menggunakan nama taman yang sama dengan taman/projek yang bersebelahan/berhampiran dengan tapak projek.

      • Pelan-pelan hendaklah mengandungi:

        * Tajuk projek

        * Tajuk pelan

        * Pelan kunci

        * Pelan lokasi

        * Nama, alamat, nombor telefon dan cop pemaju/Arkitek/Jururancang bertauliah disetiap helaaian pelan

        • Pelan cadangan alamat hendaklah menunjukkan:

          * Nama-nama jalan dicadangkan

          * Nombor bangunan yang dicadangkan

          * Contoh-contoh cadangan alamat yang lengkap dengan nama taman, nombor bangunan, nama jalan dan poskod (jika ada)

          * Pelan cadangan alamat diwarnakan mengikut warna piawaian perancangan

          * Lokasi pemasangan papan tanda nama jalan (ditandakan)