MENU

Senarai Semakan Mengemukakan Pelan Landskap

  1. Surat permohonan dengan Kepada Surat Perunding yang bertauliah.
  2. Salinan surat kelulusan pelan tataur perancangan daripada Pengarah Negeri Selangor
  3. 3 salinan pelan ( 1 linen, 2 kertas) yang lengkap diwarnakan dan dilipat saiz A4
  4. Ruang atas sebelah kanan setiap pelan dikosongkan untuk cop Majlis
  5. Setiap set pelan mengandungi:
    • Pelan petunjuk, pelan lokasi dan arah utara
    • Pelan penanaman (skala: 1:200)
    • Jadual Penanaman
    • Elevation bangunan dari depan, sisi dan belakang dengan pokok (skala 1:200)
    • Keratan rentas penanaman disempadan lot dan tempat letak kereta (skala 1:25)
    • Butiran penanaman pokok, palma dan pokok renek
  6. Setiap helai pelan hendaklah:
    • Mengandungi tajuk dan nombor lukisan
    • Ditandatangani oleh Perunding serta nyatakan Nama, alamat dan No. pendaftaran ILAM
    • Ditandatangani oleh pemilik serta nyatakan nama dan alamat
  7. Senarai Jadual Tanaman dilengkapkan:
    • Simbol tanaman
    • Nama Botani dan nama tempatan
    • Ketinggian ukurlilit dan jarak penanaman
    • Jumlah tanaman (hendaklah ditunjukkan dalam jadual penanaman perkara 5 iii)
  8. Perincian penanaman bagi pokok teduhan, palma dan renek hendaklah ditunjukkan
  9. Pelan padang permainan hendaklah dikemukakan dalam skala 1:200 dan nyatakan ukuran serta keluasaannya
    • Katalog alat permainan dari pembekal
    • Disediakan dengan lampu, tong, sampah, bangku "access slab", railing dan lain-lain
    • Perincian gelanggang badminton, sepaktakraw, tennis dan sebagainya mengikut pelan perancangan yang diluluskan