MENU

Garis Panduan Mengemukakan Pelan Skim Perumahan/ Perusahaan/ Pendidikan/ Perniagaan dan yang Berkaitan Dengannya

  1. Borang dan dokumen yang diperlukan:
    • Borang A dan Borang Permohonan yang Lengkap dikemukakan
    • 3 Salinan suratan hakmilik/ Salinan surat perjanjian jual-beli
    • 3 Salinan cukai pintu (terbaru)
    • 3 Salinan cukai tanah (terbaru)
    • 9 Set pelan (temasuk 1 set linen)
      • 1 set linen dan 1 set kertas diwarnakan keseluruhannya
      • 1 set kertas diwarnakan keseluruhannya
    • 7 set kertas diwarnakan pada pelan lokasi dan pelan tapak
    • 3 set pelan pra-hitungan yang disahkan oleh JPBD
    • 3 salinan Pelan Pertapakan yang disahkan oleh JPBD
    • 3 salinan surat kelulusan tukar syarat tanak dan kelulusan pelan tatatur daripada Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor
    • 3 salinan surat kelulusan percantuman lot daripada Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor
    • 3 salinan Resit Premium Tanah
    • Borang Kiraan Bayaran Proses pelan
    • 1 set Pelan struktur dan kiraan
    • Nama, alamat, tandatangan dan nombor telefon Arkitek/Jurutera serta cop rasmi
    • Cop memperakui terima tanggungjawaab dan nomborpendaftaran
    • Nama, alamat, tandatangan dan nombor telefon pemilik dan pemaju
    • Tajuk projek hendaklah dilengkapkan dengan perkara-perkaraa berikut:
      • Jenis bangunan
      • Kegunaan bangunan
      • Bilangan tingkat, unit dan blok
      • Kemudahan-kemudahan lain berkaitan seperti No. lot, nama jalan, pekan, mukim dll.
      • Nyatakan jenis rumah mengikut lukisan pelan yang ditunjukkan
  2. Pelan Kunci (key plan)
  3. Pelan Lokasi - dilengkap dengan:
    • Arah utara
    • Skala
    • Jalan ke tapak nama-nama jalan berhampiran/jalan utama
    • Nombor Lot
    • Pelan lokasi bagi skim pembangunan hendaklah mengikut pelan pertapakan yang diluluskan oleh JPBD
  4. Pelan Tapak - dilengkap dengan:
    • Arah Utara
    • Skala
    • Nama-nama jalan masuk ke tapak
    • Lot-lot berhampiran
    • Ukuran
    • Lebar jalan, lorong belakang dan lorong tepi
    • Jarak bangunan dari sempadan jalan/lorong belakang/ tepi
    • Arah saliran air permukaan
    • Arah saliran kumbahan
    • Jarak sistem rawatan najis dari sempadan hadapan (minima 6100mm)
    • Kedudukan kebuk sampah/grease trap/ oil intercepter
    • Lebar Driveway beserta M.S Grating:
      • Rumah teres : 4600 mm maksima
      • Rumah sesebuah : 6100 mm maksima
      • Rumah berkembar : 6100 mm maksima
      • Kilang : 9100 mm maksima
    • Kedudukan pagar/ pintu pagar
  5. Untuk perniagaan, perdagangan, perusahaan dan rumah pangsa:
    • Pengaliran lalulintas (traffic flow)
    • Nyatakan tempat letak kereta dan kiraan
    • Plot ratio kecuali rumah pangsa
    • Luas bangunan - kecuali rumah pangsa
  6. Pelan Lantai dilengkapkan dengan:
    • Skala - min 1:100
    • Ukuran lot
    • Jarak bangunan dari sempadan
    • Garisan cucur atap dari sempadan - 2300mm daripada sempadan
    • Arah saliran air permukaan
    • Arah saliran air kumbahan
    • Saiz kebuk sampah
    • Lurang
    • Floor trap
    • Gully trap
    • Oil interceptor
    • Inspection chamber
    • Jarak tangki najis dari sempadan - 6100mm
    • Pagar/ pintu pagar
    • Tembok penahan - jika ada
    • Kemasan lantai - untuk dapur, tandas gunakan jubin
    • Untuk rumah kediaman sahaja - kemasan dinding dapur dan tandas gunakan jubin tinggi 1500mm minima
    • Saiz anak tangga dan pelantar:
      • Tred minima 255 mm lebar
      • Riser maksima 180 mm tinggi
    • Nama dan kegunaan bilik/ruang
    • Ukuran bilik/ruang (utility lebar 2.00mm, luas 6.50mp minima
    • Tebal dinding:
      • Dinding pemisah minima 100mm hendaklah daripada jenis "clay brick" dinaikkan 230mm melebihi paras bumbung (non load bearing wall)
      • Dinding sekat 100mm minima
    • Kebuk sampah/tempat sampah berpusat
    • Untuk rumah kediaman sahaja - driveway 460mm maksima beserta kekisi 600 mm X 450mm minima
    • Dry Yard bagi rumah pangsa hendaklah terlindung daripada pandangan luar
    • Sediakan ampaian kain di ruang dry yard bagi rumah pangsa
    • Pemasangan sanitari:
      • Wash basin/sink
      • W.C
      • Long Bath
      • Urinal
      • Setiap bilik tandas (W.C) adakan floor trap
      • Kolah
      • Shower
  7. Pelan tampak pandangan hadapan, belakang dan sisi - dilengkapkan dengan:
    • Saiz dan kedudukan vent pipe
    • Jenis dan waarna/kecerunan bumbung
    • Lain-lain -nyatakan
  8. Pelan keratan membujur dan melintang - dilengkapkan dengan:
    • Tinggi bangunan/tingkat - 3100mm minima
    • Kemasan dinding
    • Saiz pagar/pintu pagar
    • Tebal dinding dan jenis
    • Pembinaan kerangka bumbung
    • Tinggi tangga dan saiz
    • Jarak bangunan daripada sempadan hadapan/ sisi dan belakang
    • Jarak cucur atap daripada sempadan
  9. Pelan perincian berikut dikehendaki:
    • Driveway beserta longkang dan kekisi besi
    • Inspection chamber
    • Kebuk sampah/tempat pembuangan sampah berpusat (kemasan dalaman dari jenis jubin)
    • Diagramatic sanitary layout
    • Diagramatic plumbing layout
    • Jadual spesifikasi untuk:
      • Saiz/jenis tingkap, pintu dan bukaan yang lain
      • Nama dan luas bilik ruang
      • Peratus pengudaraan dan pencahayaan
      • Kediaman/kilang dan perdagangan: 15%
      • Hospital: 22.5%
      • Sekolah: 30%
    • Pelan papan tanda projek - nyatakan no. rujukan MDKS di rungan bawah di papan tanda
  10. Keperluan khas untuk kilang, sekolah, perdagangan dan yang berkaitan
    • Lantai dan dinding untuk tandas, kantin dan dapur hendaklah dari jubin - tinggi 230mm
    • Bilik sembahyang lelaki dan perempuan yang dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk berasingan dan sebuah tandas cangkung setiap surau - sekiranya jauh dari tandas
    • Nisbah tandas jenis cangkung dan duduk ialah 1:1
    • Nisbah tandas duduk, cangkung dan tandas orang cacat ialah 2:1 - untuk komplek membeli-belah, gerai, tempat-tempat awam dan lain-lain yang berkaitan
    • Adakan kemudahan orang kurang upaya seperti "ramp up"
    • Paip air hendaklah diadakan disetiap bilik tandas
  11. Untuk kilang, perusahaan, perdagangan dan rumah pangsa
    • Kiraan "plinth area" - kecuali rumah pangsa
    • Kiraan "Plot Ratio" - kecuali rumah pangsa
    • Kiraan tempat letak kereta
    • Kiraan keluasan lantai - built up area
  12. Sistem Sanitari Bangunan
    • Paip UPVC Kelas D digunakan untuk system paip kebersihan dalam bangunan:
      • 3 tingkat : 100mm dia UPVC
      • Melebihi 4 tingkat : 150mm dia UPVC
    • Saiz branch pipe hendaklah mengikut:
      • 8 pepasangan : 75 mm
      • Melebihi 8 pepasangan : 100 mm
    • Water closet (W.C)/ squatting water closet (SWC) hendaklah disambung terus (single line) ke paip kebersihan dan berada 152 mm dari lantai (squatting level)
    • Saiz paip kebersihan untuk urinal bowl/ stall atau bersama water closet hendaklah 75 mm diameter. Jenis UPVC dan berada 0.6m dari aras lantai bowl
    • Wash basin (WB)/ basin (B) / hendaklah dipasang bottle trap dan floor trap (FT) bersaiz 50mm diameter. UPVC dan gully trap (GT) bersaiz 100mm diameter. UPVC dan saiz WB/B/S - 40mm diameter
    • Grease trap (GT) hendaklah bersaiz 100 mm diameter. UPVC serta dinyatakan lokasi dan kemukakan pelan perinciannya
    • Saiz paip bagi Anti Saifan Pipe (ASP) ialah:
      • 3 tingkat :  50mm dia UPVC
      • Melebihi 4 tingkat : 75mm dia UPVC
    • Saiz dari najis/system rawatan najis ke "roadside drain" ialah 100mm.
      Wire Bowl (WB) ke roof level (RL) tingginya minima 450mm dari aras bunbung
      Sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Pembentungan untuk sokongan kelulusan:
      • Sistem rawatan najis
      • Sistem retikulasi pembentungan
  13. Lain-lain keperluan
    • Kemukakan surat dan pelan kelulusan daripada Jabatan Bomba Shah Alam
    • Kemukakan surat akuan penerimaan/surat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
    • Kemukakan pelan "Diagrammatic Plumbing Layout" yang lengkap untuk ulasan JBA
    • Tinggi pagar tidak lebih 1500mm dengan 40% bukaan (900mm tembok dan 600 mm decorative grill)

Peringatan:

  1. Kerja-kerja pembinaan tidak boleh dimulakan sebelum permohonan diluluskan oleh MDKS. Kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan pemilik yang berkenaan dikenakan 10 kali gandaan bayaran proses pelan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 Jadual Pertama Undang-undang Kecil 17
  2. Sebarang pindaan kepada pelan kelulusan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan untuk kelulusan sebelum pindaan dilakukan
  3. Bahan-bahan binaan yang digunakan adalah yang dibenarkan