MENU

 

 

Sungai Sireh Homestay menjanjikan percutian yang bakal menjadi kenangan seumur hidup, kerana disini pelawat dapat merasai kehidupan kampung dalam suasana dikelilingi panorama keindahan alam semulajadi dengan kehijauan sawah padi menyambut kedatangan anda, deruan sungai mengalirkan air bersih lagi segar. Sungai Sireh terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, sebuah desa pertanian yang menjadi pengeluar pelbagai buah-buahan tempatan, bunga-bungaan dan bermacam jenis hasil semulajadi. Jumlah bayaran penginapan dan aktiviti di Homestay Seri Gambut, Sungai Sireh.

Lokasi : Kampung Ampangan, Tg Karang

(Lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Shah Alam)

Tarikan : Tinggal bersama keluarga angkat, aktiviti kampung, berkayak, ’jungle tracking’ aktiviti memasak makanan tradisional, aktiviti sawah padi, memancing di tali air dan pertunjukan kebudayaan

Kemudahan : Penginapan, tempat berkhemah, tempat letak kenderaan, surau, kantin, dewan serbaguna, pentas terbuka.

Bayaran : berdasarkan pakej yang ditawarkan

(RM40.00 - RM110.00 seorang untuk pelajar, RM60.00 – RM200 seorang untuk pelancong)

*Sila rujuk HSS untuk maklumat lanjut

Sila Hubungi:

De Seri Niaga Enterprise

Agrotourism Homestay Sungai Sireh

Pusat Penerangan Pelancongan Parit Satu Kampung Ampangan

45500 Tanjung Karang

No Tel : 019-346 7372 / 03-3269 2400

No Faks : 03-3269 2400

Blogspot:

agrotourismhomestaysgsireh.blogspot.com

Email: sgsireh@gmail.com

 

 

 

Peserta Program Homestay Sungai Sireh, melakukan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Homestay Sungai Sireh