MENU

Kembali ke tradisi di Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan (RKKGC)

Inginkan kelainan dan cabaran? Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan (RKKGC) mempunyai sesuatu yang berbeza untuk peminat-peminat golf.Terletak di ketenangan persekitaran luar bandar dan jauh dari hiruk pikuk kota, bermain di RKKGC bermakna para pemain akan kembali ke tradisi golf.

RKKGC menawarkan permainan golf yang sebenar kerana ia satu-satunya lapangan golf yang memerlukan pemain berjalan kaki.Terletak di daerah Kuala Selangor, kelab golf ini merupakan yang tertua di Selangor dan antara yang pertama dibina di negara ini.Dibina oleh peladang-peladang British pada tahun 1910, lapangan sembilan lubang sejauh 2,771 meter par 35 ini telah menjalani pelbagai perubahan.Tetapi ia kekal mencabar termasuk greennya yang sukar ditawan terutama oleh pemain berhandikap tinggi.

Walaupun lapangan ini boleh dianggap landai tetapi tidak bermakna ia senang dikuasai terutama par 3 lubang empat sejauh 199 meter yang merupakan lubang RKKGC.Greennya yang kecil dengan kedudukan lebih tinggi sering mengelirukan pemain terutama mereka yang bercita-cita besar.

Walaupun dikatakan agak jauh dari ibu negara iaitu 60 kilometer, tetapi ia sebenarnya hanya 45 minit dari Kuala Lumpur sama ada menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan melalui Sungai Buluh atau lebuh raya baru Guthrie dari Shah Alam. Selain pernah diundi sebagai lapangan sembilan lubang yang terbaik di negara ini, RKKGC juga mempunyai keahlian bersekutu dengan 31 kelab golf di seluruh negara untuk dinikmati oleh ahli-ahlinya.

Selain itu ia juga menawarkan keahlian bermusim selain kemudahan pembayaran secara ansuran untuk mereka yang berminat.Mereka yang berminat boleh menghubungi RKKGC di alamat Jalan Kelab, Bukit Rotan, Kuala Selangor atau telefon 03-3289 1069 dan faksimile 03-3289 4178.

 

Kemudahan : Restoran dan golf  9 lubang (berjalan kaki)

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 6.00 petang

Kadar :

  • Ahli Kelab : RM 57.00 / sebulan
  • Bukan Ahli :

Jam

 

7.00 – 2.30

2.30 – 5.00

5.00 ke atas

Hari Biasa

RM 31.50

RM 21.00

Hari Minggu / Cuti Am

 

RM 63.00

 

 

RM 52.50

 

RM 26.25

* Kadar adalah tidak termasuk 5% cukai kerajaan