MENU

Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20km arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sg Sembilang ,Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang semakin di gemari oleh orang awam.

Dimana, para pengunjung berpeluang berjalan di persisiran pantai sambil menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam dan menikmati keenakan makanan laut selain menjalankan aktiviti seperti :

a. Beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan.
b. Bermain layang-layang atau mengemudi perahu layar
c. Mencari hidupan laut (sea shell) seperti kerang, ala-ala, mentarang dll.
d. Aktiviti memancing

Di sini juga lokasi yang cantik untuk melihat matahari terbenam sambil menenangkan fikiran.