MENU

Sky Mirror

       Sky Mirror merupakan tarikan terbaru di Kuala Selangor yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Kampung Sasaran Kuala Selangor. Sky Mirror di Kuala Selangor ini diberi gelaran Salar De Uyuni Malaysia dan merupakan tarikan paling terbaru di Kuala Selangor. Siapa sangka ‘Pulau Misteri’ ini seolah-olah penemuan baru sebagai pelancongan menarik di Kuala Selangor. Bagi peminat fotografi , anda tak perlu lagi habiskan duit travel ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan seni foto Salar de Uyuni.

      Tempat ini sebenarnya baru saja popular di kalangan pelawat. Ianya tak jauh dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor, sebuah perkampungan nelayan masyarakat Cina. Dalam bahasa cina, mereka menyebutnya “Shasha Lan”.  Jadi kita terjemahkannya dalam bahasa melayu menjadi “Sasaran”.

     Fenomena Salar de Uyuni di Sasaran ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya sebuah kawasan pantai. Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30. Kalau anda tak pasti berapa haribulan mengikut kalendar Masihi, boleh buat rujukan di Google. Waktu berlaku air surut ini antara pukul 10.30 - 11.00 pagi. Untuk datang ke sini, anda perlu naik bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.

       Bagi yang nak datang menyaksikan sendiri keindahan panorama Salar de Uyuni versi Malaysia, pastikan anda bawa bekalan makanan seperti roti dan air mineral. Tandas juga agak sukar didapati di kawasan pantai seperti ini. Di kawasan perkampungan nelayan pula agak susah untuk cari restoran makanan Melayu. Mungkin anda terpaksa tangguhkan seketika waktu makan tengah hari anda.

Kadar harga bagi seorang untuk pergi ke Sky Mirror ialah Rm80.

 

Untuk melihat lebih lagi gambar-gambar Sky Mirror yang menarik mengikut kreativiti pelancong sila klik disini.