MENU

 

Taman Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun 1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Taman ini dibawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Oleh sebab itu keindahan alam semulajadinya terus kekal tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan habitat yang menjadi penghuni setia di sini.

Taman Alam berkonsepkan Taman Burung , dimana pelancong boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Habitat burung ini sering dijadikan bahan kajian oleh para saintis dan para pelancong yang meminatinya. Terdapat 156 jenis spesis burung antara lain 57 daripadanya adalah burung-burung dari luar negara seperti Rusia dan siberia. Sesetengah burung yang menjadi penghuni di taman ini ialah burung-burung dari kawasn sejuk di hemisfera utara untuk mencari makanan di kawasan panas di hemisfera selatan.

Pada bulan September hingga April setiap tahun taman ini akan disinggahi oleh burung-burung dari luar negara yang akan bersama-sama burung tempatan menjalani penghidupan.

 

Diantara spesis burung tempatan yang menjadi penghuni tetap di taman ini ialah , burung bakau, burung bangau, ketitir, pekaka, raja udang, pucong, serandau, helang bahu hitam dan sebagainya. Manakala burung-burung yang berhijrah pula ialah, purple herow, great eagle, tiger shrike, brown shrike, arctic shrike, warbler, purple swamphen dan banyak lagi. Kehadiran burung-burung ini menjadikannya sebuah lokasi yang paling menarik unutk dilawati sambil menikmati panorama fauna dan flora yang begitu banyak disini.

 

Aktiviti dan Kegiatan Agro di Taman Alam

Melihat Pelbagai Spesis Burung

Salah satu daripada aktiviti yang menarik di Taman Alam ini ialah meyaksikan pelbagai spesis burung dari dalam dan luar negara. Untuk mengikuti aktiviti ini anda harus mempunyai teropong dan sudah tentunya kamera untuk tidak melepaskan peluang merakamkan gambar burung-burung yang cantik atau saat-saat manis anda. Pastinya anda akan terpegun dan leka seketika apabila menyaksikan berbagai gelagat burung di alam semulajadi. Beberapa buah pondok khas dibina untuk memberi kemudahan kepada para pengunjung yang berminat menyaksikan keriangan mergastua yang beterbangan bebas. Hujung minggu sudah tentu lebih bermakna dan memberi anda suatu pengalaman yang baru jika anda bersama teman atau keluarga berkunjung ke taman ini.

 

Hutan Bakau

Bagi penggemar aktiviti lasak dan mencabar, sudah pastinya kunjungan anda ke Taman Alam Kuala Selangor tidak mengecewakan. Hutan paya bakau yang terbentang seluas 95 hektar menanti untuk diredah dan membongkar segala rahsia dan misteri. Hutan paya bakau di sini bukan sahaja berfungsi sebagai pengekal ekosistem malah turut menjadi habitat semulajadi kepada berbagai jenis haiwan liar di taman ini. Pokok-pokok kayu bakau yang hidup subur disini yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri disamping ketahanannya yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Oleh yang demikian hutan ini berbeza dari hutan hujan tropika sudah tentu akan mencabar fizikal, semangat dan mental anda.