MENU

Asal-Usul Nama Selangor

Ketiadaan ketua kaum di Kuala Selangor inilah membawa keinginan bagi Perak dan Kedah menjadi Penghulu di situ. Malangnya tidak seorang pun dari mereka yang datang itu diterima oleh penduduk tempatan. Keadaan ini sangat berbeza dengan kedatangan Raja Lumu yang telah disambut baik dan diiktiraf menjadi Yang Dipertuan Selangor pertama. Mereka yang datang ke situ hanya dibenarkan meneroka tanah baru dan membuat tempat kediaman di sepanjang pinggir Sungai Selangor. Sehingga ini masih terdapat lagi beberapa buah kampung mengikut nama negeri atau tempat si peneroka itu datang, umpamanya Kampung Kedah, Kampung Siam, Asahan dan Kampung Kuantan.

Sebelum kedatangan Raja Lumu ke Kuala Selangor, nama Selangor telah pun wujud. Penjelasan ini didapati dari beberapa orang tempatan. Untuk mengetahui asal mulanya nama Selangor, beberapa cerita lisan telah didapati dari orang-orang yang tinggal di Kampung Permatang, Kampung Kuantan dan Jeram.