MENU

Sejarah PPD Kuala Selangor

Secara dasarnya Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor telah ditubuhkan pada 1 Jun 1982, tetapi secara fizikalnya ia mula wujud pada 1 Julai 1982. Menggunakan keseluruhan Sekolah Kebangsaan Tanjong Keramat yang berpindah ke lokasi baru. Pejabat ini ditadbir oleh seorang Pegawai Pelajaran Daerah dan 6 pegawai serta 7 Kakitangan.

Setelah lapan (8) tahun beroperasi di bangunan ini, ia telah diisytiharkan tidak selamat oleh JKR. Mulai Ogos 1999, Pentadbiran Pelajaran Daerah Kuala Selangor berpindah ke salah sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat, sementara bangunan asal PPD dijadikan Dewan PPD. Pada mulanya semua pegawai dan kakitangan PPD Kuala Selangor ditempatkan di sebuah bangunan setingkat sahaja.

Pada tahun 2004 PPD Kuala Selangor mendapat peruntukan untuk membina sebuah bangunan tambahan setingkat bagi mengatasi masalah kesesakan. Kini bangunan pentadbiran PPD Kuala Selangor masih beroperasi di bangunan yang sama iaitu 2 blok bangunan setingkat yang menempatkan seramai  41 pegawai dan 31 anggota kakitangan Sskongan ( AKS ).

ALAMAT PPD :

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor,

Jalan Keramat Tanjong,

45000 Kuala Selangor,

Selangor Darul Ehsan

No.Telefon:

03-32891711

No.Fax:

03-32893707

E-Mel:

ppd.kualaselangor@moe.gov.my

Peta Lokasi

map