Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Daerah Kuala Selangor |
---|---|
No. Sebut Harga | SH 2/2018 |
Tarikh Iklan | 12 Feb 2018 - 20 Feb 2018 |
Tarikh Jual | 12 Feb 2018 - 19 Feb 2018 |
Tarikh Tutup | 20 Feb 2018 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | Aras Bawah, Majlis Daerah Kuala Selangor |
Syarikat Bumiputera Sahaja | Ya |
Syarikat Selangor Sahaja | Ya |
Harga Dokumen | RM 31.80 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 010201 yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang masih sah dan Majlis Daerah Kuala Selangor
Setiap pembelian / permohonan dokumen Sebut harga boleh diperolehi di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan MDKS atau secara online di https://tender.selangor.my (SH 2/2018) pada waktu pejabat bermula 12 Febuari 2018 dengan bayaran seperti yang dinyatakan.
Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan hendaklah menyertakan bersama maklumat penyata bank 3 bulan terkini, Lesen Pendaftaran yang berkaitan (KKM, SSM & UPEN) dan resit pembelian yang asal dikepil dengan kemas.
Dokumen Sebut harga yang telah lengkap hendaklah diisi di dalam sampul yang berlakri dan dimasukkan kedalam Peti Sebut harga yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor di Aras bawah, Majlis Daerah Kuala Selangor sebelum atau pada 20 Febuari 2018 sebelum jam 12.00 tengahari. Dokumen yang lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Pihak Majlis juga tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran.
Maklumat lanjut tentang Sebut Harga sila klik disini.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Daerah Kuala Selangor
Tel: 03-32891439/1549/2340/239