MENU

Apakah itu cukai taksiran am?   Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis seperti:-  

  • Bangunan Kediaman (Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, banglo dan lain-lain)
  • Bangunan Perniagaan/Perdagangan (Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain)
  • Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang
  • Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)

  2) Berapa kalikah Cukai Taksiran dikenakan ke atas pegangan berkadar dalam tempoh setahun?  

Cukai Taksiran dikenakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu:

  • Penggal Pertama (Januari - Jun) : Bayaran sebelum 01 MAC dan apabila pembayaran selepas bulan FEBRUARI, Fi Notis akan dikenakan
  • Penggal Kedua (Julai - Disember) : Bayaran sebelum 01 SEPTEMBER dan apabila pembayaran selepas bulan OGOS, Fi Notis akan dikenakan

  3) Sekiranya Bil Cukai Taksiran tidak diterima, apakah tindakan yang perlu dilakukan?  

Sekiranya Bil Cukai Taksiran tidak diterima, semakan dan bayaran boleh dibuat secara atas talian melalui https://iservices.mdks.gov.my/ atau datang ke Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor atau Kaunter Bergerak yang terdekat iaitu:

 

  • Kaunter Cawangan Puncak Alam Fasa 3 (Astana Alam) - Isnin hingga Jumaat (8.30pagi - 4.30petang)
  • Pejabat Bestari Jaya - Jumaat (5.00petang - 8.00malam)
  • Pasar Desa Coalfield - Isnin (5.00petang - 8.00malam)
  • Tapak Pasar Tanjung Karang - Isnin (8.30pagi - 12.00tengah hari)
  • Centra Mart Saujana Utama - Ahad (9.30pagi - 1.00petang)

  4) Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?  

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
  • Majlis/Dewan Bandaraya
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Daerah

Majlis/Dewan Bandaraya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.

Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.

Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.

 
5) Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?
 

Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada Kaunter Khidmat Pelanggan di Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor atau salurkan aduan tersebut secara atas talian di Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (eAduan STARS) melalui http://adu-mdks.selangor.gov.my/

6) Jika pihak yang dipertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?
 

Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

7) Apakah warna tong kitar semula?
 

Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :

  • Warna Biru - Untuk kertas
  • Warna Jungga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik
  • Warna Coklat - Untuk kaca
8) Bagaimanakah kaedah bagi memohon Lesen Perniagaan Serta Merta?
  Pemilik / Pemohon perlu berurusan di Kaunter Bahagian Pelesenan dengan membawa dokumen yang lengkap. Lesen Perniagaan akan dikeluarkan sekiranya semua dokumen lengkap dan semua syarat-syarat yang telah ditetapkan dipatuhi serta mendapat kelulusan daripada pihak yang meluluskan.

 

  Jika terdapat sebarang pertanyaan dan inginkan keterangan yang lebih terperinci, sila hubungi :-
 
Nama : Hajjah Norlela Asmangi
Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Emel : norlela [at] mdks [dot] gov [dot] my