MENU

Syarat-syarat sewaan dan penggunaan Dewan / Stadium 

1.

Tempahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang atau surat.

2.

Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu lebih awal.

3.

Bayaran sewa Stadium/Dewan dan cagaran hendaklah dijelaskan tujuh (7) hari sebelum tarikh penggunaan. Kegagalan menjelaskan bayaran menyebabkan kelulusan terbatal dengan sendirinya.

4.

Pembatalan Stadium/Dewan perlu dibuat tujuh (7) hari lebih awal.

5.

Segala kerosakan ke atas harta Majlis Daerah Kuala Selangor semasa penggunaan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa. Penyewa diminta membayar gantirugi atau wang cagaran ditarik balik atau nilai yang mana satu lebih tinggi.

6.

Katerer yang dibawa oleh penyewa adalah DILARANG sama sekali untuk membersihkan/membasuh semua perlatan/perkakasan yang telah digunakan selepas majlis berkenaan seperti pinggan mangkuk, gelas/cawan, periuk dan sebagainya. Kegagalan dalam mematuhi arahan ini juga akan menyebabkan wang cagaran ditarik oleh pihak Pengurusan Majlis Daerah Kuala Selangor.

7.

Hidangan atau makanan/minuman yang TIDAK HALAL adalah dilarang dibawa ke dalam Dewan/Stadium.

8.

Semua bangunan dan persekitarannya adalah kawasan LARANGAN MEROKOK.  

9.

Penyewa TIDAK DIBENARKAN memasak dikawasan Dewan/Stadium.

10.

Pihak MDKS berhak mengenakan apa-apa syarat atau peraturan tambahan dan kadar penggunaan lain yang tidak dinyatakan dan akan ditentukan oleh Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor mengikut kesesuaian.

11.

Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor berhak membatalkan tempahan tanpa memberi sebarang notis pada bila-bila masa.

12.

Pihak Majlis Darah Kuala Selangor berhak menarik balik wang cagaran sekiranya tuan/puan tidak menuntut wang cagaran tersebut dalam masa tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh penggunaan.

13.

Penyewa mestilah membersihkan Dewan/Stadium selepas penggunaan. Sekiranya pihak tuan/puan melanggar peraturan ini pihak Majlis Daerah Kuala Selangor berhak tidak memulangkan Wang Cagaran Sewaan Stadium/Dewan.

14.

Majlis Daerah Kuala Selangor mengamalkan POLISI Dewan/Stadium Bersih sebelum digunakan dan dipulangkan pun harus bersih.